1. Cara Buat Aiskrim Sendiri ala-ala Baskin Robbin.
Kalau nak beli aiskrim Baskin Robbin sangatlah mahal. Untuk buat aiskrim sendiri ini kita perlukan:
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
1 biji telur
Sedikit Essence Vanilla
1 sudu besar Ovalett / Emulsifier (Apa itu Ovalett?)
Perasa yang dikehendaki (Contoh : Milo, strawberry dll.)
Cara buatnya:
Campurkan susu cair, susu pekat, telur,
ovalett dan esen vanilla ke dalam pengadun (mixer). Kemudian mix dalam
masa 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi naik dan menjadi
krim pekat. Kemudian campurkan dengan perasa yang kita mahukan. Nak
perasa coklat boleh tambah milo atau vico sikit. Selepas itu kacau
campuran krim dan milo sehingga sebati.
Dah sebati, masukkan dalam bekas dan masukkan dalam freezer sehingga keras. Siap!
2. Cara Buat Aiskrim Kon
Ok, secara asasnya sama sahaja caranya
nak buat aiskrim seperti resepi di atas. Cuma yang membezakannya adalah
di makan dengan kon aiskrim ;-)
3. Cara Buat Aiskrim Malaysia
Masa saya kecil dulu ramai orang yang menjual aiskrim Malaysia sama ada di kedai ataupun dijual di rumah.
Cara buat aiskrim Malaysia juga sangat mudah. Cuma perlukan plastik
yang berbentuk panjang tu. Perasa juga boleh diolah mengikut kegemaran
masing-masing.
Tetapi ramai yang ada masalah dengan
tekstur aiskrim Malaysia kerana jika salah buat aiskrim anda akan keras
seperti ais dan tidak seperti aiskrim. Di bawah saya kongsikan cara buat
aiskrim Malaysia perisa asam boi dan nanas.
Bahan-bahan :
1. Air Masak
2. Gula secukup rasa
3. Nanas yang sudah di kopek / Asam boi merah
4. Plastik aiskrim
Cara buatnya:
Masukkan air masak ke dalam periuk dan
gula. Masak gula sehingga larut. Matikan api dan masukkan perisa seperti
asam boi. Jika nak buat ais krim nanas, masukkan dan masak sekali nanas
ke dalam periuk berisi air dan gula yang dah larut tadi. Tunggu
sehingga sejuk dan kemudian masukkan ke dalam jag untuk memudahkan kita
nak masukkan ke dalam plastik aiskrim. Dah siap masukkan dalam plastik
aiskrim, bolehlah dimasukkan ke dalam freezer.
Rahsia untuk dapat aiskrim malaysia
yang lembut adalah dengan memasak air dan gula sehingga larut terlebih
dahulu sebelum dimasukkan perisa. Jika kita hanya membancuh gula dengan air sejuk, berkemungkinan besar aiskrim kita akan keras seperti ais.
4. Aiskrim Goyang
Aiskrim goyang biasanya boleh didapati semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Dan memang dah ramai yang buat bisnes aiskrim
goyang. Untuk menyediakan aiskrim goyang, kita memerlukan mesin khas
untuk membuat aiskrim goyang. Tetapi bahan yang diperlukan sebenarnya
adalah sangat ringkas. Apa yang diperlukan adalah garam kasar, ais,
sedikit air, air berperisa dan mesin aiskrim goyang. Pastinya mesin ini
dibuat dengan menggunakan bahan yang tidak mudah menyerap haba untuk
mengelakkan kesejukannya.
Cara untuk membuat aiskirim goyang
adalah dengan masukkan garam, air dan ais ke dalam bekas mesin aiskrim
dan kemudian tutup dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian masukkan
air perisa ke dalam acuan aiskrim dan letakkan ke acuan berisi air
berperisa ke dalam bekas berisi ais garam tadi. Dan tutupkan.
Biasa kita lihat para pengusaha aiskrim
goyang akan goyang-goyang mesin aiskrim tersebut (mungkin sebab itu
dinamakan aiskrim goyang). Menurut pengusaha aiskrim goyang, ini adalah
untuk memastikan aiskrim goyang yang dihasilkan adalah lembut dan mudah
dimakan.
Konsep aiskrim goyang:
Sepertimana yang kita pernah belajar
sains zaman sekolah dulu. Takat beku air garam adalah lebih rendah
berbanding air biasa. Jadi apabila air garam disejukkan, ia boleh
menjadi lebih sejuk berbanding ais biasa dan ini akan menjadikan ia
seperti freezer.
Saya sendiri masih belum pernah membuat aiskrim goyang. Tetapi melihat pengusaha aiskrim goyang buat sudah banyak kali ;-)
Aiskrim goyang memang kerap dijadikan sebagai bisnes aiskrim dalam majlis-majlis keramaian. Jika anda juga ingin buat bisnes aiskrim, anda boleh baca maklumat tentang Cara Buat Bisnes Aiskrim.
5. Aiskrim Pasu
Aiskrim pasu merupakan trend terkini (dan pelik) bagi penggemar aiskrim. Asas
aiskrim pasu adalah sama sahaja seperti aiskrim komersial, cuma yang
membezakannya adalah bentuk dan penampilan aiskrim tersebut yang
dihidangkan di dalam pasu.
6. Aiskrim Goreng
Semakin hari semakin banyak resepi yang menarik berkaitan dengan aiskrim yang dikongsikan. Salah satunya adalah aiskrim goreng.
Sekali lagi bila google cara buat
aiskrim goreng, blog Cik Epal juga yang mendahului carta. Resepi yang
saya kongsikan ini adalah adaptasi daripada blog tersebut.
Bahan-bahan:
Roti keping
Aiskrim (buat sendiri boleh, beli pun boleh)
Cara buatnya :
Letakkan aiskrim pada bahagian tengah
roti dan kemudian lapikkan sekeping lagi roti di atasnya. Kemudian
cetakkan keliling roti yang diletakkan aiskrim dengan menggunakan cawan
sehingga membentuk seperti kuih pau.
Kemudian letakkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan aiskrim semula. Dalam 2 - 3 jam dah boleh digoreng.
7. Aiskrim Gulung Langkawi
Saya tidak pasti sama ada aiskrim ini ada atau tidak di tempat lain. Tetapi yang saya tahu aiskrim ini ada di jual di Pantai Chenang, Langkawi.
Konsep yang digunakan adalah gabungan antara cara buat aiskrim goyang
(mesin penyejuk) dan adunan cara buat aiskrim ala-ala Baskin Robin tu.
Adunan diletakkan pada kuali leper yang
sejuk dan di 'uli' sehingga keras. Dan akhir sekali aiskrim tersebut
akan digulungkan sebelum dihidangkan ;-)
Ok?
Itulah antara jenis-jenis aiskrim yang
biasanya terdapat di Malaysia dan serba sedikit cara untuk membuatnya
sendiri. Jika anda nak memulakan bisnes aiskrim, boleh baca maklumat lanjut berkenaan Cara Buat Bisnes Aiskrim.
(wikicara.org)
Gambling In California | Where & How Much You Can Play
BalasHapusWe know best 제천 출장안마 to know when you play online 하남 출장안마 casino gambling in California, and our free 경산 출장마사지 guide will help 포항 출장안마 you 의정부 출장안마 get the inside scoop on the best casinos and